MARI KITA SAMA-SAMA MASUK U!
PENGENALAN
Universiti merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu,universiti juga memelihara nilai-nilai tambah modal manusia yang komited untuk tujuan membina bangsa dan umat manusia yang profesional.Universiti menawarkan pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana ,Ijazah Doktor Falsafah(PhD) dan sebagainya.Terdapat sesetengah program yang ditawarkan di universiti adalah untuk melengkapkan graduan bagi memenuhi kriteria- kriteria pekerjaaan yang specifik seperti perubatan, kejururawatan, kesenian dan sejarah sebagai persediaan untuk mendapat pekerjaan.
Oleh Nur Liyana bt Zaini 207615
SALURAN KE UNIVERSITI MELALUI INSTITUSI PENGAJIAN AWAM
1.Politeknik
- Mengkhusus dalam bidang teknologi dan pendidikan vokasional
- Untuk menyambungkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda
2.SPM
- Dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
- Untuk menyambungkan pelajaran di peringkat diploma/pra-u.
3.Matrikulasi
- Dilaksanakan oleh kementerian pendidikan tinggi
- Terbahagi kepada aliran sains hayat,sains fizikal,perakaunan,teknikal.
- Untuk menyambungkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda.
4.Pra-U
- Untuk lepasan SPM
- Terbahagi kepada tahap rendah dan tahap atas
- Terbahagi kepada aliran Sains dan Sastera
- Untuk menyambungkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda
Oleh Tan Bee Wen 206415
SALURAN KE UNIVERSITI MELALUI INSTITUSI PENGAJIAN SWASTA
1.Tingkat ‘A’
- Dikenali sebagai ‘Advanced Level’
- Merupakan kelayakan Sijil Am Pendidikan di United Kingdom
- Kelayakan peperiksaan tersebut diiktiraf oleh seluruh dunia.
2.Diploma
- Untuk lepasan SPM
- Pelajar boleh memohon program mengikut kursus yang diminati berdasarkan keputusan SPM
- Tempoh pembelajaran:3 tahun.
3.Pra-U
- Untuk lepasan SPM
- Terbahagi kepada tahap rendah dan atas
- Terbahagi kepada aliran Sains dan Sastera
- Paling minimum 3 kepujian yang perlu lulus untuk melayak memasuki IPTS.
Oleh Fatin Nabela bt Mansor 207583
KEBAIKAN DAN KEKURANGAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM
Demi menuju ke arah cita-cita negara dan meningkatkan kualiti pendidikan, setiap ipta haruslah memainkan peranan sebagai universiti perdana ke arah kecemerlangan.Dengan melanjutkan pembelajaran di ipta dapat mendatangkan kebaikan.Namun,terdapat keburukan-keburukan yang tidak dapat dinafikan.
Oleh Chee Jia Wey 206364
KEBAIKAN DAN KEKURANGAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA
Pendidikan swasta adalah pendidikan yang disediakan kepada pelajar oleh IPTS. IPTS adalah institusi bukan bantuan Kerajaan dan ia dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Walaupun itu, IPTS juga telah memberi pelbagai kebaikan kepada pelajar.Namun demikian, IPTS juga menghadapi masalah kekurangan dalam pembelajaran.
Oleh Elaine Gooi Swee May 206511
NISBAH JANTINA KEMASUKAN KE UNIVERSITI / IPT
Perbandingan Kemasukan Pelajar Lelaki dan Perempuan Ke IPT Dari Sesi 2007/2008 – 2010/2011
Oleh Teo Peak Koon 206414
RAHSIA MAHASISWA CERMERLANG
2.Optimistik
3.Tumpuan sepenuh hati
4.Mulakan dari awal
5.Sentiasa bersedia
6.Sanggup manghadapi cabaran
7.Jangan bersikap pesimistik
Contoh-contoh Mahasiswa Cemerlang:
Contoh I:
- Penerima Pingat Emas Majlis Raja-Raja Jamsari Amirul Firdaus Jamaluddin memakaikan motar board kepada Penerima Pingat Emas Canselor, Jasy Liew Suet Yan sambil dibantu oleh Penerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor, Mohd Zuaril Akimi Mohd. Shaari sempena upacara Konvokesyen USM ke-38 di Pulau Pinang. (dari kiri)
Contoh II:

-Lee Tur Chung ialah seorang graduan yang pekak.Namun begitu, beliau merupakan pelajar pintar dan pemimpin pelajar yang tidak mudah putus asa setiap kali mendepani kegagalan.
Oleh Mow Cheah Yee 206321
DASAR PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Dasar pendidikan penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan dan dikenali sebagai ‘Dasar Pendidikan Kebangsaan’ yang mula dilaksanakan dalam tahun 1957. Terdapat 4 tujuan utama:
• Mewujudkan sistem pelajaran yang memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.
• Menghasilkan pelajar yang berdisiplin,mematuhi dan menghormati ibu bapa dengan mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap.
• Memastikan dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif.
• Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Oleh Mohammad Zulhelmi bin Azhar 207627
BANTUAN KEWANGAN
1. Majlis Amanah Rakyat(MARA)
• Kepada pelajar bumiputera Malaysia
• Tajaan tertakluk kepada Aktanya.
2. Orang Kurang Upaya(OKU)
• Harus berdaftar dengan JKM untuk diiktiraf layak menerima bantuan.
• Kursus sepenuh masa sahaja diiktiraf oleh AKM dan JPA.
3. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN)
• Warganegara Malaysia.
• Lulus SPM sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana matapelajaran.
• Menerima surat tawaran kemasukan yang telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Tinggi.
4. Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA)
• Warganegara malaysia.
• Ada tempoh kontrak tertentu
Oleh Tee Ann Lim 206422
ISU-ISU
CABARAN SEMASA IPT
IPTA dan IPTS tempatan perlulah meningkatkan daya saing di peringkat tempatan mahupun antarabangsa dengan mengkaji kurikulum program-program yang ditawarkan.• IPT digalakkan mengadakan perjanjian persefahaman dengan IPT atau syarikat luar negara bagi berkongsi maklumat
• IPT perlu memberi penekanan serius dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D).
DEBAT IPT TINGKAT KEFAHAMAN ISU SEMASA PELAJAR
Program Pertandingan Debat Kefahaman Islam Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dianjurkan oleh INSTITUT Kefahaman Islam Malaysia (Ikim)
• Bertujuan meningkatkan pemahaman dan pandangan generasi pelajar mengenai isu berkait hal ehwal Islam.
• Memberi peluang pelajar IPT mengumpulkan idea dan fakta bernas mengenai isu semasa berkaitan Islam untuk dibahaskan secara menyeluruh.
• Ilmu yang diperoleh membolehkan pelajar menghayatinya dalam kehidupan harian seperti yang dituntut agama dan juga dapat mengurangkan kes sosial
Oleh Loy Liang Sik 206399